Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, May 11, 2015

PhD Oh PhD - Part 13: Pengajaran kehilangan dan Teknologi Web

BismillahirRahmaanirRahiim. 

Antara situasi paling 'ngeri' dalam diari calon PhD adalah apabila notebook dicuri dan data hilang! Betulkan? ;-)

Apatah lagi apabila kehilangan / kecurian itu berlaku pada saat-saat tarikh perbentangan proposal kian hampir atau boleh dikatakan lagi 7 hari daripada tarikh kejadian. Hahaha.

Memang terbaik!

Ujian musibah itu datang selalunya dalam keadaan kita tidak sedar dan tidak bersedia. Itulah ujian yang sebenar-benar ujian. Tetapi Allah lebih tahu kenapa dan mengapa ujian itu didatangkan-Nya kepada kita. "Allah tidak akan datangkan ujian di luar kemampuan hamba-Nya." Ini janji Allah.

Pasti ada hikmah yang tersembunyi, isyarat yang menanti kita mentafsir maknanya.
.
.
Kehilangan (kecurian) ultrabook yang berlaku kepada saya pastinya menidakkan ruang untuk saya membuat presentation kepada jawatankuasa penyeliaan. Ok. Saya akur itu. Dan saya melalui hari-hari itu dengan bersahaja (cuti kerja saya batalkan dan saya datang ke pejabat seperti biasa).

******************

Di sini, saya nampak peri pentingnya pelajar / calon PhD, mengetahui serta menggunapakai teknologi-teknologi terkini yang ada dalam persekitaran. Jangan malas dan ego untuk belajar. Rugi.

Dropbox. Satu perisian web yang mampu menyimpan data di 'cloud' dan boleh di'panggil' semula dengan memuatturun maklumatnya menggunakan perisian yang tersedia.

Sekarang ini sudah banyak aplikasi web yang seperti ini (setakat ini saya menggunakan dropbox).

Menggunakan rules 80/20, saya menganggarkan 20% mengalami masalah kehilangan data (dengan pelbagai sebab) dan tidak bertahan lama dengan satu notebook sahaja (juga dengan pelbagai sebab). 

Sekiranya kita masih mengharapkan thumb drive dan yakin 100% data-data dalam notebook / PC itu akan kekal di situ sehingga kita graduate, berdoalah agar kita antara 80% mereka yang bertuah itu.

Justeru itu, kepada pelajar / calon PhD, mohon beringat sebelum kena. Bersedia sebelum diduga. 

Jazakallahu khairan khathira kepada Dr. Othman Talib kerana memperkenalkan perisian DROPBOX ini. Jika tidak, pasti saya sukar mengaplikasikan SABAR dan merasa 'TENANG' tatkala berhadapan dengan ujian ini. 

.
Ya, saya akui, saya agak ketinggalan zaman dalam mengikuti arus teknologi dan agak 'degil' (malas) untuk pelajari teknologi-teknologi baharu seperti ini. Saya juga antara yang lambat 'update' dengan perisian yang 'up-to-date.'

Peristiwa ini membuatkan saya perlu lebih peka dan lebih bersedia di kemudian hari.

Tips untuk pelajar / calon PhD - Mohon simpan file anda dalam mana-mana perisian 'cloud' yang boleh dicari kembali walau notebook anda tidak bersama anda. 
.
.
-KakTiny-

No comments:

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.