Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, February 20, 2012

Kerana aku mahukan kedua-duanya!!..


Alhamdulillah.. Segala puji dan syukur hanya untuk Allah.. Tuhan sekalian alam..

Minggu ini, bermula pengajian aku sebagai pelajar Ijazah Kedoktoran Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (walaupun sebenarnya aku telah mendaftar pada semester lepas, tetapi aku defer 1 semester untuk bersama sahabat tersayang bagi mengulangi hari-hari bergelar pelajar!.. ayuh kaklong.. we make a move!!)

Moga Allah permudahkan perjalanan ini.. Segala pujian hanya selayaknya bagi Allah Ya Rabbul Jalil.. Alhamdulillah.

“Ya Allah, berikanlah kami kefahaman, berikan kami ilmu yang bermanfaat dan berkatilah ia agar menjadi kebaikan di dunia dan menjadi bekalan amal bagi kami di akhirat kelak.. Amiin”.
.....................................................................................................................

Dialog 1:

Ayah : Ayah tak ada harta. Pelajaran itulah harta peninggalan ayah kepada semua anak-anak. Nak lebih, cari lebih, belajar pandai-pandai. Duit Ringgit boleh habis walau berjuta ditinggalkan. Harta duit ringgit ni, orang boleh ambil, boleh curi, boleh khianat. Tapi, harta ilmu, sendiri cari, sendiri dapat, sendiri pegang, sendiri pakai. Tak siapa boleh curi, tak siapa boleh ambil, tak siapa boleh rampas!..Ayah takdak peluang belajaq tinggi-tinggi.. pasai tu ayah nak anak-anak ayah belajaq tinggi-tinggi, jadi orang pandai, jadi orang ada ilmu. Orang berilmu pi mana-mana pun senang sebab dia tau bawak diri. Orang berilmu ni umpama benih yang baik. Lempaq ke laut jadi pulau, lempaq ke darat jadi gunung. Pi mana-mana pun dapat manfaat dan boleh bagi munafaat.

Ya, kata-kata ayah itu merupakan ransangan pertama yang menjentik deria fikir aku untuk belajar tinggi-tinggi, buat harta yakni dengan kumpul ilmu banyak-banyak!. (Ya, ayah kalau bab bagi motivasi, MMG SUPERB!.. Cumanya ayah tak belajar tinggi, kalau tidak... aku syak, ayah dah bergelar Prof. Emeritus Dr. Yahaya Bin Marzuki.. hihihi... takpa ayah...doakan tiny perolehinya.. ameen.. kehkehkeh).

Dialog 2:

Aku : Ayah, kalau kena pilih antara kerja jadi peguam dan kahwin, mana yang ayah nak tiny pilih?.

Ayah : Mestilah ayah nak anak ayah kahwin. Takkan nak biar anak dara ayah bujang sampai sudah!. (Ayah menjawab pantas tanpa teragak-agak!..)

Dialog ini terjadi semasa aku perlu memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat LL.B HONS atau terus bekerja selepas CONVO Sarjana Muda Undang-Undang!.

Kekuatan daripada jawapan ayah itulah yang menjadikan aku membulat tekad untuk TIDAK MEMILIH KERJAYA sebaliknya memilih BERJIHAD DI DALAM RUMAHTANGGA!. (kisah ini pernah aku paparkan dulu.. malas nk refresh!..).

Tidak menjadi peguam tidak bermakna AKU HILANG DUNIA KERJAYA!.

......................................................................................................

Aturan Allah itu MAHA SEMPURNA. Maha Hebat!. DIA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu tidak pernah akan membiarkan hamba-Nya hidup dengan sia-sia selagi hamba-Nya menadah tangan memohon dan memohon dan memohon redha dan rahmat-Nya yang Maha Luas!!..

Firman Allah:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang silih berganti, terdapat tanda2 akan keesaan/kekuasaan/kebesaran/keagungan dan kebijaksanaan Allah bagi ORANG-ORANG YANG BERAKAL. Iaitu mereka yang berzikir (ingat) akan Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi, sambil berkata; Wahai tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan semuanya ini sia2, Maha suci engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka". (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 190-191).

Sesuatu yang tidak pernah terjangkau dek pemikiranku, telah dihasilkan oleh-Nya.

KUN FA YAKUN Allah yang menutup ruang dan peluang aku bergelar PEGUAM telah membuka ruang dan peluang baru kepadaku..

Pada tahun 2006, Allah mentakdirkan aku diterima bekerja di sini... menjawat jawatan KULI (jawatan yg sangat best – lagi best dari jadi LAWYER!!! – hehehe.. jgn marah member2 LLB ya.. kuikuikui...)...

Pada tahun 2007-2009, aku berjaya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (Master) ketika menyandang jawatan ’kuli’ yang ku pegang hari ini... dan kini, 2012, aku melangkah ke fasa pengajian yang seterusnya ~ di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Subhanallah!.

Hanya dengan berada di kerusi seorang ’KULI’ (bukan Profession Professional pun!), melayakkan aku mendaftarkan diri sebagai pelajar PhD!. Alhamdulillah.. (Dan, aku meyambung pelajaran ini tiada kaitan langsung dengan kedudukan atau kenaikan pangkat dalam kerjaya, tiada tangga yang boleh aku daki di kedudukan jawatan ini (ada satu level je pon – itulah aku di level ini!.. hahaha...) Aku mungkin boleh belajar tinggi.. tapi tak boleh pegang pangkat tinggi – GAYAT!! kuikuikui).

Firman Allah:
”(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan...........Maka mana di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?”!! (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 1-4, dan 13).

Ya, aku tidak berani mendustakan nikmat Allah.. malah aku sangat malu kepada Allah.. nikmatNya terlalu banyak diberi kepadaku berbanding amalanku kepadaNya.. masih lagi ehsan dan belas Allah mendahului tangga ibadahku yang banyak rompong dan lompongnya!!! Astaghfirullahal ’azhiim... Allahu Akhbar!!!!.

Bukan setakat menambah ilmu dengan mengambil PhD, sekarang aku masih meneruskan Sessi Kedua Kelas Pengajian Asas Fardhu Ain Dewasa di Masjid Negara pada setiap hari sabtu.. dan selepas ini aku akan memasuki dua lagi kelas (InsyaAllah) iaitu Kelas Bahasa Arab dan Kelas Tajwid (Bacaan Al-Quran).. untuk membetulkan semula bacaan-bacaan serta memahami maksud surah-surah yang dibaca.. (Bagaimana mampu aku mengajar anak-anak untuk menjadi hafazan dan hufazah jika diriku sendiri masih gagap dalam ilmu Al-Quran???!!!... huhuhuhu...)

Ya!. Aku mungkin ’PELIK’ di mata sesetengah manusia!. Tamak haloba dalam mengejar ilmu, kata mereka, MUNGKIN!.

KENAPA?.. MENGAPA?.. AKU BEGITU TAKSUB MENGEJAR ILMU???

Dalam satu ceramah yg aku dengar, Ustaz memperdengarkan satu hadis kepada kami...

Rasulullah pernah bersabda:
"Jika kamu mahukan dunia, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia dan akhirat, adalah dengan ilmu."

YA!.. KERANA AKU MAHUKAN KEDUA-DUANYA..
MAKA AKU MENGEJARNYA DENGAN ILMU!!.. AKU MAHU MENGEJAR REDHA ALLAH.. SALAH SATUNYA MELALUI LORONG ILMU YANG DIILHAMKAN-NYA!.

Moga laluan ini Allah izinkan dan permudahkan.. Moga ilmu-ilmu yang ku cari ini Allah redhai dan semoga Ilmu yang Allah berikan kepadaku ini boleh aku manfaatkan di dunia juga sebagai bekalanku di akhirat sana!.. Moga Allah izinkan.. Moga Allah permudahkan.. Moga Allah redhai.. Ameen Ya Rabbul ’Alamiin.

Firman Allah:
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan dirinya. Dan mengingati nama Tuhannya dan mengerjakan sembahyang. Tetapi kamu memilih kehidupan dunia. Sedang hari kemudian itu lebih baik lebih kekal". (Al-Quran Surah Al-A’la 87 : Ayat 14-17).

Mengambil iktibar daripada sabda Rasulullah dan firman-firman Allah, maka itulah aku memilih untuk mengejar ilmu... supaya aku lebih insaf diri dan lebih memperbaiki diri..

Firman Allah:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini), tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat." (Al-Quran Surah Al-Ankabut 29 : Ayat 64)

Dalam ada yang menyokong, tak kurang juga yang membangkang.. ada juga yang tidak yakin, menganggap keputusanku ini sesuatu yang sia-sia malah ada yang mempertikaikan ’keperluan’ aku mengejar ilmu-ilmu ini. TIDAK MENGAPA.. Allah Maha Mengetahui kenapa dan mengapa ilmu-ilmu itu aku kejar dan kejar dan kejar.. tak jemu aku belajar dan belajar dan belajar..

Jika hendak aku ulaskan, adakah yang tidak mahu mengerti akan menjadi mengerti?.. yang tidak mahu menyokong akan terus menyokong?.. Iya atau tidak, tidak mengubah apa-apa, makanya, tidak perlulah aku canangkan sebab dan musabab dengan sehalusinya. Cukuplah firman-firman Allah itu aku yakini sepenuhnya sebagai pendorong dan inspirasi untuk aku terus mengejar ilmu dunia dan akhirat.

Firman Allah:
Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa mengkehendaki balasan dunia, nescaya kami berikan bahagian dari balasan dunia ini kepadanya. Dan barangsiapa mengkehendaki balasan akhirat, maka kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu. (Al-Quran Surah Ali 'Imran 3: Ayat 145 )

YA!.. AKU MASIH MAHU MENGEJAR DAN TERUS MENGEJAR ILMU!. SEHINGGA KE LIANG LAHAD PUN, AKU MASIH MAHU MENDENGAR BICARA ILMU.. TALKINKAN KALIMAH "LAA ILAA HA ILLALLAH" DIPENGHUJUNG NAFASKU... TALKINKAN JUGA KALIMAH ILMU DI DATARAN KUBURKU!!!.. SEBAGAI PERSEDIAAN AKU KE ALAM AKHIRAT NANTI!!.

Kata Imam Al-Ghazali:-
Menuntut ilmu adalah taqwa..
Mengulanginya adalah zikir..
Menyebarkannya adalah jihad..

Dan.. ini salah satu jalan jihadku untuk mendapatkan redha Allah… Aku tidak tahu takdir Allah untukku di alam sana nanti.. tetapi, aku perlu melakukan sesuatu… Mohon Allah permudahkannya.. Ameen.

Aku masih gigih berusaha dan belajar untuk tidak mahu meletakkan dunia dihadapanku, bukan juga sebagai agenda utama hidupku!!!... Dunia, aku jadikan landasan untuk aku mengejar akhirat yang pasti dan abadi… aku perlu berjalan di landasan itu!. Tanpa pintu dunia, pasti sukar aku menerobos gerbang akhirat.. dan aku mohon, laluan perjalananku diiringi redha Allah.. Tanpa redha-Nya, aku tidak mampu bergerak waima melangkah apatah lagi mencelah di syurga-Nya.. Semoga syafaat Rasulullah itu kuperolehi.. moga Allah izinkan Rasullullah memilihku dan kita semua untuk bersama Baginda ke Jannatul Firdaus (ini cita-cita utamaku!!)! Ameen. Ameen. Ameen. Ya Rabbul ’alamiin.

(Anak-anak Ibu, ini yang Ibu ingin sampaikan kepada kalian!.. INGAT CATATAN IBU INI – SEHINGGA AKHIR NAFAS KALIAN!!!..).

Jazakumullahu Khairan Kathira kepada mereka yang banyak memberi sokongan, dorongan dan kata peransang. Tidak kurang juga yang memuji dan mengangkat tinggi diri ini. Cukup!. Jangan puji aku.. Aku tidak layak menerima pujian.. Jangan jerumuskan aku ke lubang riak, sombong dan bongkak..

Aku manusia kerdil yang sentiasa diintip iblis laknatullah yang berjanji menyesatkan manusia!!.. Jangan humban aku ke ruang yang membolehkan syaitan mengintai peluang menghanyutkan diriku!!.. YA!. Pujian-pujian itu bisa meninggikan motivasi tetapi pada masa yang sama mampu meledakkan emosi menjadi takbur, taksub malah ujub dengan diri!!.. Nauzubillah.. (Iman kalian mungkin tinggi, tetapi aku masih samar dengan tahap imanku!!).

Tanpa izin Allah Azza Wajalla, perjalanan aku tidak akan menjadi sebegini indah!. Segala pujian selayaknya bagi Allah yang bila-bila masa sahaja boleh mengangkat atau menurunkan darjat hamba-Nya.. Terima Kasih kepada Allah di atas segala kurniaan-Nya..

"Syukur Ya Rabb. Ku kembalikan segala puji-pujian dan syukur itu kepada-Mu, selayaknya Kau menerimanya Ya Allah, aku hanya menumpang ehsan dan belas-Mu."

~Wahai Allah yang Maha Hidup (Ya Hayyu), wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri (Ya Qayyum). Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan jangan Kau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata.~


Aku mengingatkan diriku ini, akan wasiat Rasulullahi Sallallahu alaihi wassalam kepada Saidina Ali Bin Abi Talib r.a.

"Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."

"Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."


Ya Rabb.. redhai kami semua.. Amiin.







YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.