Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, February 08, 2011

Februari ini.

Februari ini.. di 2011..

Tanggal 15 Februari 2011, adalah Ulangtahun Hari Keputeraan Junjungan besar umat Islam.. Ulangtahun Hari Kelahiran manusia mulia... Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Bulan ini aku raikan dengan penuh keinsafan.. bulan ini aku ingin mencambahkan rasa kasih dan sayangku yang jitu untuk insan ulung yang terbilang... Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Bulan ini dan seterusnya aku ingin menitipkan rasa rinduku pada Rasulku melalui bait alunan selawat serta salam dan segala pujian buat Rasul Junjunganku.. Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Bulan ini dan seterusnya aku ingin cambahkan rasa kasih rindu yang tidak berbelah bahagi kepada insan teragung dalam sejarah peradaban manusia... insan yang membawa rahmat ke seluruh alam.. insan maksum yang tidak pernah lenyap ditelan zaman dan akan kekal namanya menjadi sebutan sejagat maya sehingga ke akhirat kelak. Insan ini adalah seorang insan sempurna...

Insan yang aku rindui di dunia ini dan akan ku cari di akhirat nanti...
Insan yang aku dambakan syafaatnya kelak..
Insan yang aku ingin bersamanya mengucap dan menyambut salam sang kekasihnya, Allah Rabbul ’alamiin.
Insan yang aku mohon kepada Allah Subhanahu Wata’ala di setiap doaku agar disampaikan selawat dan salamku kepadanya dan ahli keluarga Baginda.
Insan yang aku ingin Beliau gembira kerana umatnya berkembang, bercambah dengan Islam yang disebarkannya dan menjadi hamba Allah yang beriman seperti yang diwasiatkannya.


.. wahai teman, rakan, adik, kakak, abang, saudara, sabahat dan diriku sendiri..

FEBUARI ini, kita akan di datangi dengan 14 dan 15 Februari.. tarikh manakah yang lebih kalian muliakan?. Tarikh manakah yang lebih kalian ingin memenuhinya dengan pengisian?.


Firman Allah:
"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus." (Al-Quran Surah Al-Hajj 22 : Ayat 67)


14 Febuari yang dikatakan bulan kasih sayang (Valentine) oleh penganut agama yang bertentangan dengan Islam. Agama yang sentiasa mencari ruang dan peluang merosakkan akidah umat Islam.

Firman Allah:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar!" dan kalau engkau menurut kemahuan mereka, sesudah engkau mempunyai pengetahuan kepada hal itu, tentulah Allah tidak akan lagi menjadi pelindung dan Penolong bagimu." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 120)


Maka itu, wahai semua dan diriku sendiri...
Jijikkan dirimu dengan makna kisah sejarah pada catatan 14 Februari itu.. ia adalah hari biasa yang tidak perlu sesiapa pun di kalangan umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam untuk meraikannya bahkan untuk memikirkan kehadirannya. Biarkan hari itu berlalu tanpa ada ucapan, tanpa sambutan meskipun dengan niat sekadar "SUKA-SUKA", kerana janji syaitan laknatullah untuk menyesatkan umat Muhammad tidak dibuat dengan "SUKA-SUKA" ketika Iblis bersumpah dihadapan Allah untuk memesongkan anak cucu Adam Alaihis Salam dan mengheret bersamanya ke dalam Neraka Jahannam di akhirat kelak!!!.


Firman Allah:
"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka pun bersujud melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (keturunan Adam yakni manusia), kecuali sedikit (di antaranya). Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup." (Al-Quran Surah Al-Isra’ 17 : Ayat 61-63).


Janji syaitan kepada Allah itu benar, dan dia memang berpegang kepada dendamnya untuk menyesatkan sekalian manusia!.

Adakalanya kita tidak sedar, perlakuan kita yang seakan-akan "SPORTING" meraikan segala hari sambutan dengan sekadar untuk berhibur sebenarnya mengundang bala ke atas diri sendiri serta meninggalkan kesan dalam akidah dan iman (ingatkan aku yg sering juga tersasar dan terkeliru dengan perbuatan sendiri!!!...).

Maka itu.. aku berpesan kepada diriku, anak-anakku, suamiku, adik-beradikku, saudara-maraku, sahabat-handaiku, jiran tetanggaku, dan sekalian kaum sedarah sedagingku wahai umat manusia, agar ambil peringatan Allah sebagai pegangan dan panduan.

Aku menasihati diriku dan diri kita semua dengan kalam Allah ini.


Firman Allah:
"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: 'Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya'. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" (Al-Quran Surah Al-’Araf 7 : Ayat 27-28).



Semoga Allah ampuni dosa-dosaku dan dosa kita semua yang jahil, hina, bodoh serta yang sering menzalimi diri sendiri dan yang masih teraba-raba dan menggapai-gapai dalam mencari cahaya keimanan dan ketakwaan ini.. Allahu Akhbar.


------------------------------------------------------------------------------

Lupakan detik 14 Februari...


Tahun ini, mari kita bersama meraikan 15 Februari 2011, bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432, meyambut ulangtahun kelahiran junjungan mulia, Muhammad Bin Abdullah, Rasullullahi Sallallahu Alaihi Wassalam, dengan bacaan selawat dan salam ke atas Nabi terakhir umat Islam..





Ya Rasulullah.. selawat dan salam serta sekalian pujian kutitipkan untukmu.
Aku merinduimu.

Ya Allah, aku mohon izin-MU... berikan ruang dan peluang untuk aku bertemu dengan Rasulku..


Ya Allah, aku mohon redha-Mu Allah.. redhai aku.
Amiin.



.

20 comments:

ibundo said...

ooo tiny.. aslmkm.. kabare..
14 Februari?
Kitorang balik kampung.
15 februari?
kitorang rancang nak buat bbq kat kampung.
14 dan 15 februari tarikh kasih sayang anak beranak dan sama-sama meriang-riakan rumah kampung yang dah lama kami tinggalkan..


err.. harini kau masak apa.

tasekM said...

aku ingat nk buat karipap la sepanjang bulan feb nih...

ha ha.








.

Kaktiny said...

kakpah > nak join.. nak join.. (kalau kt bangi ni, sure dh kena terjah.. hahaha)..

kasih sayang itu sentasa kan kak pah kan.. 24/7.. tanpa perlu ada tahun, bulan dan hari.. kan kan kan.. hihihi..

Kaktiny said...

tasek > aku pon rasa cam nk start order karipap ko ler..
buat blog baru, aku nk order online.. FB pon ok gaks.. hihihi...

Anonymous said...

Kak tie tak pernah sambut 14 feb tu, walaupun pernah juga dapat sesuatu pada hari tu. Masa dulu kita ni jahil, tapi sekarang dah insaf.

Kak tie ingat nak masak masakan istimewa hari birthday Junjungan Nabi kita tu. Dulu mak selalu buat nasi minyak atau nasi ayam... sambil mohon keberkatan satu keluarga...

Kaktiny said...

kak tie > duluuuuu... dulu tiny pon terjebak dan terikut utk SUKA-SUKA meraikan hari tersebut kak tie.. saja gegatal beli gift mahal2 bagi kat husband.. bagi kad itulah inilah... KONON!!!.. huhuhu...

sebab tu skrg ni rasa bersalah sgt dalam diri.. dan mohon agar tak ada lagi yg terjebak dgn pengaruh yg tidak sihat itu walaupun sekadar "SUKA-SUKA"!!!.. na'uzubillah himindzaalik..

.. dan sgt mohon kepada Allah, agar titik2 hitam dulu tu Allah leburkan bersama selawat dan istiqfar yg diucap saban waktu.. huhuhuhuhu...

..betullah kaktie... nak berkumpul masak makan2 bersama keluarga lah.. pastu buat bacaan doa selamat dan ajak anak beranak berselawat ke atas Nabi kan... hmmm... idea bernas tu.. terima kasih kaktie.. terima kasih kerana membuka mata hati ini....

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

14hb tuh hanya tarikh.. aku tak pernah celebrate pun.. ikut hati tak nak cuti langsung hahaha... sabtu ahad pun mau keje.. boleh dak??

Kitaorg tgh plan nak wat sambut maulidurasul peringkat sekolah malaysia kat sini.. setiap tahun camtulah ;)

Kaktiny said...

TCC > sedih bila aku mengenangkan dolu2 aku menggeletis ulat beluncas jugak kengkonon nk bg surprise hadiah kt hubby pd tarikh bangang tuh.. (pastu, padahnya, mmg aku kena 'tulah' 3 tahun berturut2 pada bulan2 tuh.. ko perasan tak?.. semua 'insiden' happened on that month!!.. except this year.. kuikuikui)..

.. tp, syukur sbb aku sedar awal, drpd masih dok lagha ngan menda2 tak pekdah tuh!!.. huhuhuhuhu..

sambutan maulidur rasul... jujurnya, sebelum ni aku mmg tak pernah nk 'raikan' atau 'sambut' apa2 pon.. setakat "menghayati" erti 'cuti' dan lepak kat umah sambil menonton TV.. (huhuhu.. sedih lagi nih!!).

tahun ni aku nk buat anjakan paradigma!. aku nak raikan Maulidur Rasul dgn cara aku!!..
di rumah aku!!.. dgn ahli keluarga aku!! (semoga perancangan ini diizinkan dan dipermudahkan oleh Allah dan mampu aku sempurnakan.. ameen.)

Acik Erna said...

assalam tiny..mulanya akak terkejut.kenapa dengan 14 february?..kan cuma 15 february sahaja..
bila baca sampai habis baru faham..semoga tiada diantara kita yang beragama islam mengingatinya..
dan semoga ssemuanya sentiasa berselawat pada masa dan ketika itu..

iina said...

Ku cari komen ku.. rupanya takde nama ku di situ.. hahahaha.. baru perasan.. opsss terguna yg berlainan..

Ko celebrate dulu2 yek?? aku memang xpernah celebrate.. awal2 kawin lagik pakwe aku mmg cakap xelok celebrate.. sepjg thn cuma 3 ari jek celebrate pun.. betday aku.. pakwe dan anniversary.. kira anniversary tuh hari kasih sayanglah kan..

Alah 14hb tu komersial jek.. walhal xde apa2 pun.. ;)

Kaktiny said...

kak erna > 14 february adalah salah satu momokan kepada anak2 remaja yang sering suka meniru, mengikut, dan melibatkan diri kepada sesuatu yang luarbiasa utk menjadi biasa..
.. syukur bg yang terkecuali..

.. dan ramai.. sangat-sangat ramai sebenarnya anak muda remaja, belia malah yang tua pun masih menjadikan trend ini kebiasaan..

semoga hidayah Allah datang kepada mereka dan kepada kita juga - sentiasa.. ameen.

Kaktiny said...

iina > tu ler...byk sgt page yg ko dok bukak.. hihihi..

ha ah ina.. ala.. bila semua org dok sibuk2 nk beli kad le.. beli barang le utk partner masing2.. aku pon gedik ler jugak nk beli hadiah kt laki aku.. time tu plak dapat bonus, so, nak celebrate besday and anniversary cam lambat lagik.. so, konon guna je la alasan hari mengarut tuh sbg tanda bg hadiah.. sungguh POYO dan BANGANG bila aku fikirkan balik.. (padahal mak ayah aku cukup pantang tok nenek bila dengar menda2 ni semua..) - tapi tu ler.. konon sekadar saja "SUKA-SUKA" .. bila sedar skrg ni baru nk menyesal taubat nasuha segala bagai!!... huhuhuhuhu..

semoga Allah ampunkan kejahilan, kelalaian dan kekhilafan aku.. dan aku mohon agar aku, keluarga aku, anak2, keturunan aku dan semua umat islam terlindung dari melakukan perkara2 menyimpang akidah ni.. ameen.

ckLah @xiiinam said...

Selamat menyambut Hari Keputeraan Rasul Junjungan...


***ckLah dan AJK sedang sibuk membuat persiapan perasmian surau yang cklah cerita dulu, menjelang 12 Rabiul Awal ini...

Makbonda said...

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda" – (Hadis Riwayat Muslim.)

Kaktiny said...

cklah > "Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda" – (Hadis Riwayat Muslim.) - mengulangtayang komen kekanda cklah.. hihihi..

... Alhamdulillah.. ada lagi rumah Allah yang bakal diimarahkan.. syukur.. tahniah kepada cklah and team yang bertungkus lumus merealisasi surau utk sekolah itu..
- jasamu terpahat di Jannah Allah.. ameen.

Kaktiny said...

MakBonda > tiny sangat2 mohon untuk mengalun selawat bukan setakat lafaz di bibir tapi melalui hati dan menusuk ke jiwa.. lantas mencetus rindu hingga membawa ke rasa yang paling tinggi untuk benar-benar ingin menemui Baginda.. Semoga rasa itu hadir SETIAP MASA.. ameen.

Neeza Shahril said...

Kalau kita ingat Rasul, kita dapat pahala.. kalau ingat V day tu, dapat dosa dan bala je rasanya...

suara said...

Ermmm... hari ni kan tiny?
Bday pun hampir terlupa, apatah lagi hari ni. Dulu, masa memula kawin berangan jugak nak dapat hadiah dari abg masa hari V ni, tapi bila sebut saja, dah kena syarah. Pastu tak pernah sebut.

Sabtu lepas Su baca paper STAR, ada bbrp org yg komen statement Ustzh Bahiyah ttg sambutan hari V ni, termasuklah seorg pemimpin terkenal. Dia yg lantang bersuara dlm parti, pertahankan hari V, kerana baginya tak salah menunjukkan sedikit penghargaan dan kasih sayang pada isterinya. Dan dia rasa apa yg dia lakukan tak langsung memesongkan akidah. Ish...

Menghargai kasih sayang memangnya tak memerlukan hari. Ia seharusnya setiap hari. Kenapalah nak rebut sangat 14 Feb tu. Kenapa tak pilih saja hari lain yg lebih unik buat diri dan pasangan. Contohnya hari pertama kali bertemu ke, hari pertma kali dating ke, hari melamar ke... Rasanya itu lebih bermakna, kan?

Kaktiny said...

Kak Neeza > setuuuujjuuuu kak... sangat2..

Kaktiny said...

Su > mentaliti org melayu ni, mudah sgt menerima dan mengikut membuta-tuli (marah pulak org melayu kt ayat tiny nih hah!!.. hihihi).. konon atas dasar SUKA-SUKA dan SPORTING!! (mmg nk kena ketuk dgn pot tin baru sedar kot!!!).. huhuhuhu...

berbeza dgn org islam,
akan ditapis segala maklumat.. ilmu diambil manfaat..
kemaksiatan ditolak agar tak lekat..

betul tu su.. nak hargai yg tersayang takyah tunggu hari2 tertentu... bila2 pon boleh.. (yg dok lantang bersuara tu, teringin nk tengok skit camne dia hargai Rasulullah.. sekurang-kurangnya pada hari esok.. aurat, solat, sunnah baginda, akan diikutkah??..)

kalau buat sebab tak tahu.. mungkin masih sempat untuk berhenti dari terus melakukan kesilapan.. tapi kalau dah tahu tapi berkeras mahu, sendiri jawab le kat akhirat esok.. kan!.

terfikir sejenak.. benar seperti kata pepatah.. sesetengah org 'kita' ni,
kera di hutan disusukan..
anak di rumah mati kelaparan..
perayaan orang jadi ikutan..
agama sendiri tidak diendahkan..

nauzhubillah min dzaalik..

(psst.. syukur su ada cik abang nk bagi ceramah free.. untung tau..)..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.