Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, March 24, 2010

senang dan bahagia??!!..

Siapa yang tak suka senang?.. siapa yang tak nak bahagia?..

Tapi.. apa ukuran kesenangan?.. ukuran kebahagiaan??..

Adakah dengan mempunyai harta wang ringgit yang melimpah ruah itu SENANG??..

Mempunyai tubuh badan yang cantik, rupa paras menawan, berpelajaran, bijak pandai itu BAHAGIA??..

Jika ditanya pada seribu individu, pasti berbeza makna SENANG dan BAHAGIA...

AKU??.. ukuran kesenangan kepada aku?.. andai aku dapat hidup tanpa HUTANG... itu aku kira SENANG... tanpa HUTANG PADA MANUSIA, HUTANG PADA HARTA, PADA ALAM.. dan juga paling penting TIADA HUTANG DENGAN ALLAH...

Aku akan berasa SENANG apabila OTAK AKU LAPANG.. HATI AKU TENANG, MINDA AKU WARAS , IMAN AKU TEBAL dan aku bebas bekerja, beriadah dan lebih-lebih lagi BERIBADAH tanpa was-was, risau, sangsi, gusar, pedih, perit, riak dan bongkak!!...

Aku akan kira aku BAHAGIA, andai aku tahu bahawa diriku CONFIRM akan ditempatkan di SYURGA ALLAH serta dijauhi dan dihindari daripada terjebak (juga bersubahat) dalam dosa, noda serta maksiat dunia...

ITU UKURAN KESENANGAN DAN KEBAHAGIAAN BAGI AKU!!..

Bagaimana utk mencapainya???... itu yang aku masih kabur....

Jika aku diminta untuk menasihati, aku mampu memberi nasihat berserta contoh serta motivasi kepada sesiapa yang memerlukannya (dengan panjang lebar.. tanpa had, tanpa sempadan.. tanpa henti..!!).. TAPI!!.. untuk BENAR-BENAR MEMPRAKTIKKANNYA KEPADA DIRI SENDIRI??!!.. MAMPUKAH AKU???!!!..

Adakalanya aku sendiri tewas dengan "BELENGGU DIRI".... segala sifat, sikap, cara, gaya, perasaan, pemikiran... ada masa tak terurus dan tak dapat dikawal dengan baik... lebih menurut nafsu yang 9 daripada akal yang 1... huhuhuhu... SEDIH LA!..

Aku quote ayat Uncle Lee (sebagai motivasi diri..)

”Live your life with no excuse, Love with no regrets…
You have to take the good with the bad, smile with the sad…
~LOVE WHAT YOU HAVE GOT~!.

…………… LIFE GOES ON!!!...”

- thank you ULee… your word inspire me a LOT!..

10 comments:

ns said...

semoga kak tiny mencapai kebahagian yg di cari..aminnnnn

Tijah said...

yelahhh. aku rasa paling senang kalu bebas hutang la kan? duit xde byk sgt pun takpe janji ada financial freedom.

iina said...

Insyallah.. kita usahakan mengikut kemampuan akal fikiran dan hati.. kemudian kita tawakal dengan apa yang telah kita buat tuh.. ;)

Anonymous said...

cool..

Try out this link;

www.fdausamad.blogspot.com

Read few entries, you'll find it very funny and interesting.

Seriously!

ibundo said...

ada orang kaya raya tapi bunuh diri gak..
semuga kita semua mencapai kebahagiaan terutamanya di akhirat...

Adliff said...

Salam,

Kekandaku sayang,

Moga-moga Allah SWT mempermudah dan memberikan kesenangan dalam raga rohani dan jasmani.

Hati saya masih tidak senang selagi hutang PTPTN tidak dilunaskan!

Lee said...

Hello Kaktiny, terima kaseh for the mention.
Siapa ta'suka senang?
Saya suka...da kerjah 25 years ta'pernah angkat chuti, sakit pun kerjah...anak2 tengok saya macham uncle, bukan bapa, ha ha....

Yes, sekarang saya da pension, nak masuk museum, ha ha....saya gonchang kaki, kachau perumpuan2, ha ha....ada nama 'kaktiny', ha ha.

You stay easy and keep well, jangan lupa tu chili merah lipstick.....and if got nothing better to do, pop over to my pondok....if you want to know or learn how sexy you are, *wink*, ha ha. Lee.

Unknown said...

Hidup kena berjuang utk mengecapi kesenangan..
Bersyukur dgn apa yg ada
@ terhasil..
Redha terhadap segala ketentuanNya...

Kaktiny said...

GDIZ > semoga kita semua mencapainya.. amiin..


Tijah > betul tij.. duit berkepuk pon tapi kalau dok still berhutang gak, tak best kan.. orang kata lagi besar periuk, lagi besar keraknya... huhuhu..


iina > masalah aku ni terlebih bertawakal, padahal usaha ciput jer.. huhuhu..


Anon > tq..


kakpah > betul kak pah.. kaya harta tapi nipis iman pon masalah gak kan kan kan..


aliff muhammad > hutang ngan orang (ptptn), satu hal dik… hutang dgn Allah tu lagik payah.. nak betul2 jalankan janji dengan amalkan AMAL MAARUF, NAHI MUNGKAR.. huhuhu


Uncle Lee > Ya Lee… I feel calm and relax at your pondok.. and will always go and visit you there.. hihihi…


LanaBulu > ye benar… dan setuju sangat2.. terima kasih kerana singgah ke sini..

Mak Su said...

maksu suka tu, senang dan bahagia.

moga kaktiny pun dalam keadaan senang & bahagia sentiasa :)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.